4 beranak tinggal dalam kereta akibat konflik keluarga

9 Dec 2022 • 3:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor membantu satu keluarga yang menjadikan kereta sebagai rumah susulan konflik keluarga.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu sepasang suami isteri bersama dua anak yang menjadikan kereta sebagai tempat berteduh sejak beberapa minggu lalu.

LZS memaklumkan, konflik keluarga menyebabkan keluarga berkenaan berhijrah ke Selangor bagi memulakan kehidupan baharu.

Menurut LZS, ketua keluarga bekerja dengan mengambil upah sebagai buruh binaan yang sekadar cukup untuk makan minum namun belum mampu menyewa rumah untuk keselesaan keluarga.

"Hati kami tersentuh tatkala melihat anaknya yang baru berusia dua tahun hanya bermain di dalam kereta dan nampak sedikit tekanan pada wajahnya akibat mungkin terlalu lama duduk, tidur dan berbaring hanya di dalam kereta.

"Kami hulurkan bantuan wang tunai untuk keluarga ini gunakan bagi kos makan minum serta berehat sementara di hotel bajet," menurut kenyataan di Facebook LZS pada Khamis.

Ujar kenyataan itu, LZS akan mempertimbangkan memberi bantuan bersesuaian kepada keluarga berkenaan selepas ini.

"Ujian setiap dari kita berbeza-beza. Kadangkala kita pernah merasa berada dalam zon selesa, namun apabila diuji, banyak hikmah di sebaliknya.

"Moga Allah kurniakan kemudahan buat keluarga ini dan dipertemukan jalan yang terbaik buat mereka," ujar kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved