4 Cara Hindari Penipuan Scammer Panggilan Telefon!

1 Jul 2022 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan oleh Mohd Azim Abd Rahman

Kebelakangan ini, terlalu banyak kes penipuan kewangan oleh ‘scammer’ atau pemperdaya melalui panggilan telefon terjadi di negara kita.

Selalunya, scammer ini akan menyamar sebagai pegawai yang mewakili badan kerajaan, bank atau agensi swasta untuk memperdaya si mangsa bagi mendapatkan maklumat mereka.

Orang awam, terutamanya warga emas dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan palsu ini agar tidak memberi wang dengan sewenang-wenangnya kepada scammer sehingga ada yang terjerumus ke kancah muflis.

image is not available

Berikut empat cara bagi menghindari penipuan scammer melalui panggilan telefon agar anda tidak terjerat dengan penipuan kewangan, seperti di bawah:

#1 Semak dahulu sebelum bayar 

Tidak akan ada bank, pengendali takaful atau syarikat insurans yang akan meminta anda membayar serta-merta. 

Jika mereka meminta anda berbuat demikian, jangan lakukan sebarang pembayaran dan terus hubungi bank anda dengan segera.

image is not available

#2 Kata laluan adalah rahsia

Pihak bank sama sekali tidak akan meminta kata laluan perbankan, Kod Pengaktifan Transaksi (TAC), nombor PIN atau nombor tiga digit di belakang kad debit atau kad kredit anda.

 

#3 Luangkan sedikit masa

Jangan tergesa-gesa mengesahkan sesuatu ‘pembelian’ atau merasa tertekan untuk membuat keputusan yang melibatkan kewangan dengan cepat. 

Luangkan sedikit masa, semak maklumat terlebih dahulu. Untuk mendapatkan maklumat, sentiasa rujuk sumber rasmi dengan menghubungi nombor telefon yang sahih.

Semua maklumat yang diperlukan boleh didapati di laman sesawang rasmi, di belakang kad debit atau kredit anda atau di penyata bank anda.

image is not available

#4 Lakukan semakan berulang-kali

Sebelum membuat sebarang pembayaran dalam talian, semak akaun bank atau nombor telefon individu yang berurusan dengan anda itu tadi di Semak Mule Polis Diraja Malaysia .

Senarai penipuan kewangan dan panduan bagi membantu rakyat Malaysia melindungi diri mereka juga boleh didapati di laman Facebook Amaran Scam Bank Negara Malaysia. - Getaran, 1 Julai 2022