4 fungsi baharu iPadOS 16 ini adalah ekslusif kepada iPad yang ada cip M1

Digital
13 Jun 2022 • 1:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

iPadOS 16 diumumkan bersama iOS 16 sewaktu WWDC 2022. Sungguhpun ada sejumlah benda baharu diperkenalkan, tidak semuanya boleh dinikmati oleh iPad yang bakal di naik taraf ke iPadOS 16.

Sekurang-kurangnya 4 ciri ini adalah eksklusif kepada iPad yang dikuaskaan cip M1. Apple memaklumkan yang ia adalah disebabkan kuasa pengkomputeran yang ada pada M1 menjadikannya mampu mendukung sebilangan ciri-ciri ini.

1. Stage Manager

Stage Manager adalah fungsi multitaskin baharu yang diperkenalkan. Sebelum ini, iPad sudahpun menyokong fungsi split skrin sekiranya mereka ingin lancarkan dua APP serantak. Dengan Stage Manager, sebanyak 8 APP boleh dilancarkan serentak dan apabila digunakan, APP akan dipaparkan secara tetingkap.

image is not available

Tentingkap tersebut boleh disunting keluasan mengikut citarasa.

2. Reference Mode

iPad Pro (2021) menggunakan paparan Mini LED. Menggunakan kekuasaan cip M1, iPadOS membenarkan pengguna mengubah cara penghasilan warna di atas paparan.

image is not available

Perkara ini sangat berguna untuk penghasil kandungan video yang perlu menyuntaing kandungan visual supaya warna kandungan sama dengan dunia sebenar.

3. Virtual Memory Swap

Ciri ini sama seperti RAM Expansion yang diperkenalkan dalam banyak telefon Android masa ini. Di iPadOS 16, ciri tersebut dinamakan Virtual Memory Swap. Dengannya, sedikit storan daripada iPad boleh diubah menjadi RAM sementara sehingga 16GB.

image is not available

Kesemua iPad yang diperkasa cip M1 menyokong Virtual Memory Swap dengan pengecualian iPad Air 4 yang ada storan 256GB.

Ciri ini sangat berguna kepada iPad kerana storan gajet ini sudah sedia terpateri di atas SoC. Makanya komponen ini sedia memiliki jalur komunikasi yang lebar dan patutlah dimanfaatkan oleh pembangun.

4. Sokongan monitor tambahan

Menggunakan monitor tambahan untuk iPad bukanlah perkara yang baharu. Selama ini memang ada penyua HDMI untuk Lightning dan USB-C sekiranya anda inginkan paparan yang lebih besar. Cumanya setakat ini ia cuma terhad kepada screen mirror sahaja.

image is not available

Pada iPad dikuaskan cip M1, sokongan montor tambahan memberikan ruang kerja yang lebih luas kepada penggunannya.

Sumber: 9to5Mac

Bacaan berkaitan