4 Hari Hilang, Warga Emas Berusia 75 Tahun Ditemui Selamat Di Sri Aman

24 Nov 2024 • 5:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki warga emas hilang 4 hari ditemui selamat oleh orang awam

4 Hari Hilang, Warga Emas Berusia 75 Tahun Ditemui Selamat Di Sri Aman. Dilaporkan, seorang lelaki warga emas yang telah hilang selama empat hari di Rumah Panjang Ringgit Ibol akhirnya ditemui selamat pada hari ini.

Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong, memaklumkan bahawa mangsa, Niang Lasa berusia 75 tahun, dijumpai oleh orang awam di kawasan Sungai Antu, Batu Lintang, kira-kira jam 10.30 pagi.

image is not available
4 Hari Hilang, Warga Emas Berusia 75 Tahun Ditemui Selamat Di Sri Aman. Sumber gambar: Utusan Borneo

Penemuan mangsa berada di luar zon operasi pencarian

Penemuan mangsa berada di luar zon operasi pencarian sejauh kira-kira lapan kilometer dan mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) untuk tindakan lanjut.

Pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan keadaan mangsa stabil sebelum dia dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan susulan.

image is not available
Sumber gambar: Sin Chew Sarawak

Lelaki warga emas tersebut dilaporkan hilang pada Khamis ketika keluar ke kebunnya di Sungai Raya Ibol. Niang, yang mempunyai sejarah sakit jantung, hanya memakai seluar panjang dan membawa parang ketika keluar rumah pada jam 11 pagi tanpa berbaju.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh pihak bomba, penduduk kampung, dan pasukan keselamatan kini ditamatkan.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: