4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula

7 Jul 2022 • 4:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerja penurapan semula ini telah dijalankan sehingga 14 Julai 2022.

4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula. Telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan sementara (penurapan semula) permukaan jalan raya telah dijalankan sehingga 14 Julai 2022 ini.

Menurut Pejabat JKR Wilayah Selatan, mereka akan memaklumkan kepada orang ramai jika terdapat sebarang perubahan pada tarikh, masa atau kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pembaikan.

4 jalan Samarahan-Kuching terlibat dalam kerja-kerja pembaikan jalan

Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menguatkuasa penutupan separuh jalan bermula pada 6 Julai 2022. Jalan raya yang melibatkan kerja penurapan semula adalah Jalan Datuk Mohamad Musa, Kota Samarahan Link, Jalan Stutong dan Jalan Canna.

Anda boleh lihat lampiran di bawah untuk ketahui jalan tersebut:

image is not available
4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula. Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Berhati-hati bila memandu di kawasan tersebut

Dalam notis yang dikeluarkan oleh pihak JKR, penutupan separuh jalan dijalankan hanya pada sebelah malam sahaja iaitu dari 8 malam hingga 11.30 malam.

Penutupan jalan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada pembaikan dan penurapan semula jalan yang terjejas. Bagaimanapun, jalan raya akan dibuka secepat mungkin sekiranya kerja-kerja disiapkan lebih awal daripada jadual,”

Jabatan itu turut menggesa pengguna jalan raya khususnya yang tinggal di kawasan terbabit supaya merancang perjalanan mereka.

image is not available
4 Jalan Di Samarahan-Kuching Ini Ditutup Separuh Untuk Kerja Penurapan Semula

Tahukah anda bahawa harga cukai jalan di Sabah dan Sarawak lebih murah daripada cukai jalan di Semenanjung Malaysia? Tekan pautan di bawah: