4 kementerian bincang strategi, pelan pelaksanaan rangkaian kedua 5G

LocalPolitics
1 Jun 2024 • 11:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perbincangan menyeluruh antara empat kementerian utama dilaksanakan bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G (Dual Network), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perbincangan berlangsung petang tadi melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Katanya, perbincangan tertumpu kepada fungsi serta peranan keempat-empat kementerian utama itu dalam menjayakan pelaksanaan rangkaian itu.

"Kerajaan komited untuk melaksanakan rangkaian kedua 5G serta akan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dengan matlamat mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi serta kualiti hidup rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam Sabtu.

Selain Fahmi, perbincangan itu disertai Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!