“4 Kilometer Jauh!” – Ditipu Agensi Duduk Hotel ‘View’ Masjidil Haram, Rupanya Indah Khabar Dari Rupa

14 Dec 2022 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah pasti apabila kita hendak menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci, kita mahukan yang terbaik, lagi-lagi apabila mahu menunaikannya bersama-sama keluarga.

Bagaimanapun, lain pula yang jadi oleh seorang individu ini apabila dia meluahkan rasa kecewa kerana didakwa telah di tipu oleh sebuah agensi pelancongan ketika menunaikan umrah di Mekah.

Menurut ciapan yang dilakukan, pihak agensi telah bersetuju untuk memberikan lokasi hotel yang eksklusif berhadapan dengan Masjidil Haram, namun alangkah kecewanya mereka sesudah sampai di sana.

Difahamkan, lokasi hotel yang didiami oleh mereka sekeluarga semasa sampai disana boleh dikatakan ‘indah khabar dari rupa’ kerana segalanya tidak seperti apa yang telah dijanjikan oleh pihak agensi.

Tambahan lagi, pembayaran untuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan masjid juga sudah di bayar tetapi hotel yang didiami mereka sangatlah kecil dan tidak selesa, malah 4 kilometer jauh dari Masjidil Haram.

Susulan berasa diri sudah di scam, wanita berkenaan cuba menghubungi pihak agensi yang bertanggungjawab menguruskan tempat mereka di Mekah tetapi tidak di layan dan juga di block dalam Facebook.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati atas dugaan yang dilalui oleh keluarga berkenaan dan ada juga berkata barangkali berlakunya kes terbabit kerana sekarang ini musim World Cup, jadi banyak individu yang kaya sanggup bayar lebih agar dapat menetap di hotel yang mewah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

(VIDEO) “Jabatan Agama Mana?” - Tular Video Individu Suara Wanita Berpakaian Ihram Cetus Perdebatan Netizen