4 lagi mayat mangsa kepala air Sungai Pertak ditemukan

10 Nov 2026 • 10:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 4 lagi mayat mangsa kepala air Sungai Pertak ditemukan

HULU SELANGOR: Empat lagi mayat kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan pagi ini di Jambatan Senget, menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata tiga mangsa lemas ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit jam 9.20 pagi.

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada jam 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semua mangsa kini dalam usaha dikeluarkan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

The post 4 lagi mayat mangsa kepala air Sungai Pertak ditemukan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved