4 maut, Tesla meletup & terbakar selepas langgar besi penghadang jalan

28 Oct 2024 • 12:10 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Empat individu maut dalam kemalangan tragis apabila sebuah kereta Tesla yang dipandu laju melanggar penghadang sebelum terbakar di Lake Shore Boulevard East, Toronto, Kanada, pada awal pagi Khamis lalu.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.15 tengah malam dan hanya seorang wanita terselamat, tetapi dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Menurut laporan, dua beradik iaitu Ketaba dan Nil Gohil dari Gujarat, serta Jairaj Singh Sisodia dan Digvijay Patel, berada dalam Tesla tersebut ketika insiden berlaku. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi dan kemudian merempuh tiang konkrit, yang menyebabkan ia meletup.

image is not available

Seorang pekerja pembinaan, Keith Barrow, yang berada di seberang jalan berkata, “Kami terdengar bunyi tayar menggesel dan dentuman kuat. Apabila saya tiba, api sudah menjulang setinggi 20 hingga 30 kaki. Ia amat menakutkan”.

Rick Harper, seorang lagi saksi yang melalui kawasan kejadian, memberitahu media bahawa dia terdengar suara samar-samar memohon pertolongan dari dalam kereta yang dipenuhi asap tebal. Harper yang kebetulan membawa alat pemadam api, cuba membantu dengan memecahkan tingkap kereta tersebut.

“Kami berjaya mengeluarkan seorang wanita dari tingkap. Namun, pada waktu itu kami tidak tahu masih ada mangsa lain terperangkap di dalam,” katanya.

Wanita berusia 25 tahun itu yang mengalami kecederaan parah, kemudian dikejarkan ke hospital.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya memadamkan api, namun kesemua mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 30-an disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut pihak polis, kelajuan kenderaan mungkin menjadi faktor utama kemalangan ini.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba Toronto, Jim Jessop berkata, kebakaran kereta yang melibatkan bateri litium-ion memerlukan penggunaan air dalam jumlah besar untuk memadamkannya. Pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui salah satu bateri Tesla tersebut telah tercampak keluar dan diuruskan dengan selamat bagi mengelakkan sebarang letupan.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kemalangan ini. – Agensi