
CUTI sekolah bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang mencipta pengalaman baharu yang akan dikenang lama. Jika sebelum ini percutian hanya sekitar dalam negara, kali ini mungkin sudah tiba masanya untuk melangkah lebih jauh.
Empat destinasi ini, Shanghai, Osaka, Sydney dan Colombo menawarkan pengalaman berbeza, lengkap dengan tarikan unik serta kemudahan mesra Muslim yang semakin mudah diakses.
Shanghai memukau dengan gabungan moden dan tradisi. Kawasan Lujiazui menampilkan deretan pencakar langit futuristik, manakala Nanjing Road menjadi tumpuan membeli-belah. Bagi pengalaman lebih santai, Tianzifang menawarkan lorong seni dengan kafe dan butik kreatif. Menariknya, pelancong Muslim tidak perlu risau kerana terdapat restoran halal di kawasan Huangpu dan Changning, selain kewujudan Shanghai Xiaotaoyuan Mosque yang menjadi antara masjid utama di bandar ini.

Osaka pula terkenal dengan suasana meriah dan makanan jalanannya. Dotonbori sentiasa hidup dengan lampu neon dan pelbagai pilihan street food, manakala Universal Studios Japan menjadi tarikan utama keluarga. Di sekitar bandar, restoran halal semakin mudah ditemui, termasuk di kawasan Namba, dan beberapa restoran menawarkan pilihan ramen serta yakiniku halal. Osaka Mosque turut menjadi lokasi persinggahan penting bagi pelancong Muslim.

Di Sydney, keindahan bandar bertemu gaya hidup santai. Ikon seperti Sydney Opera House dan Harbour Bridge memberikan latar pemandangan yang menakjubkan, manakala Bondi Beach sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Bagi pelancong Muslim, kawasan seperti Lakemba dan Auburn terkenal dengan lambakan restoran halal dari pelbagai negara, selain masjid yang mudah diakses.

Colombo di Sri Lanka pula menawarkan pengalaman yang lebih tenang dengan sentuhan budaya yang kaya. Dari Galle Face Green hingga ke pasar tempatan, suasana di sini cukup berbeza. Makanan halal mudah didapati kerana komuniti Muslim yang besar, menjadikan perjalanan lebih selesa tanpa kebimbangan.

FAKTA MENARIK
- Rangkaian luas ke lebih 63 destinasi antarabangsa dan domestik.
- Antara pesawat awal di Malaysia menggunakan Boeing 737 Max
- Ruang tempat duduk yang luas dan selesa (seat pitch 32" for economy class)
- Tawarkan WiFi dalam pesawat
- Terdapat 150 pilihan untuk hiburan dalam penerbangan (in-flight entertainment) - pakai peranti sendiri (laptop, telefon pintar atau tablet)
- Antara makanan paling popular Biryani Kambing atau Biryani Ayam.
- Fleksibiliti harga, sekiranya penumpang dalam kumpulan sama, samada group booking harga di mana boleh emel terus ke groupod@batikair.com.my (tidak perlu buat tempahan melalui laman sesawang, pihak Batik Air buatkan semua sehingga keluarkan e-tickets)
- Kemudahan untuk pelajar-pelajar dan tenaga pengajar warganegara Malaysia di mana harga mesra poket sehingga 30% sepanjang masa
Akhirnya, percutian bukan hanya tentang ke mana kita pergi, tetapi pengalaman yang kita bawa pulang. Cuti sekolah ini, mungkin sudah tiba masanya untuk mencipta cerita baharu di luar kebiasaan.

