4 negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas

LocalEnvironment
24 Dec 2024 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi esok. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.

Selain itu, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada malam.

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih di MetMalaysia. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved