Beberapa premis perniagaan yang dimiliki oleh Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) di sini, dilaporkan telah ditutup sejak empat hari lalu, setelah media melaporkan syarikat itu terlibat dalam aktiviti perdagangan dan eksploitasi kanak-kanak.
Lapor Harian Metro, tinjauan wartawannya di Putrajaya mendapati, tiga premis di Jalan Diplomatik, Presint 15, iaitu Ikhwan Delights, Ikhwan Cafe, Ikhwan Bakery dan Ikhwan Mart di Jalan Kedah, Presint 15, sudah tidak lagi beroperasi.
Menurut penuntut universiti awam, Addin Hilmi Halim, 20, berkata Ikhwan Cafe biasanya beroperasi setiap hari dan jarang ditutup, terutama pada waktu bekerja.
Namun, selepas berita mengenai GISBH tersebar luas, jumlah pelanggan yang mengunjungi kafe tersebut semakin berkurangan.
Pekerja di kafe tersebut kebanyakannya adalah golongan muda dan kurang mesra dengan pelanggan. Setelah kafe ditutup, kelibat pekerja juga tidak lagi kelihatan, dipercayai telah diarahkan untuk berpindah ke tempat lain.
The post 4 premis GISBH di Putrajaya ditutup sejak 4 hari lalu appeared first on The Reporter.




