4 warga emas maut, 18 cedera dalam kebakaran di Jerman

4 Mar 2024 • 6:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BERLIN: Kebakaran di sebuah kediaman warga emas di barat laut Jerman, mengorbankan empat penghuni dan mencederakan sekurang-kurangnya 18 yang lain, menurut pihak berkuasa pada Isnin.

Kejadian berlaku pada awal pagi di pekan kecil di Bedburg-Hau, lapor Agensi Anadolu memetik penyiar WDR.

Seorang anggota bomba dan pegawai polis turut cedera parah, menurut pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya 46 penghuni lain diselamatkan dengan 15 daripadanya cedera ringan.

Pihak bomba masih belum dapat memberikan sebarang maklumat mengenai punca kebakaran. -Bernama