40,000 Rendang Nyet Licin Dalam Satu Malam, Khairul Aming Kutip RM1 Juta di Shopee

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 2:24 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming melakar satu lagi kejayaan apabila berjaya mencatat jualan mencecah RM1 juta dalam tempoh satu malam menerusi platform Shopee bagi produk Rendang Nyet.

Restock Laku Keras

Menurut Khairul Aming, restock kali ini melibatkan 40,000 paket yang mula dibuka jualannya pada malam Khamis. Kesemua stok itu menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan setia.

“Alhamdulillah kita berjaya buat RM1 juta ringgit jualan di Shopee malam ni untuk restock Rendang Nyet. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Umum 5 Pemenang Ke New Zealand

Sebelum itu, beliau turut mengumumkan lima pemenang yang bakal menyertai beliau ke New Zealand. Lebih menyentuh hati, cerita di sebalik kemenangan mereka sangat dekat dengan kehidupan harian rakyat biasa.

“Ada yang internet satu bar, ada yang menang sambil ayah hantar pergi main volleyball, ada yang menang sambil tidurkan anak. Paling saya happy, mereka semua ini adalah antara kita semua, bukan orang yang pakai bot, bukan pakai super computer, bukan scalpers,” ujarnya.

Produk Lokal Terus Jadi Pilihan

Beliau turut memohon doa orang ramai agar perjalanan ke New Zealand nanti dipermudahkan.

Produk Rendang Nyet keluaran Khairul Aming sebelum ini sering mendapat sambutan luar biasa setiap kali sesi restock diadakan, malah menjadi antara contoh kejayaan jenama tempatan yang mampu bersaing di pasaran e-dagang. – The Malaysian Update