40 gerai tonjol produk pelancongan luar bandar: Joniston

16 Nov 2023 • 2:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) sudah bersedia untuk memasarkan tawaran pelancongan luar bandarnya kepada ejen pelancongan berdaftar hari ini (16 Nov).

FeRTAS bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung yang mencari pengalaman pelancongan yang asli dan sebenar di luar bandar.

Sesi perniagaan ke perniagaan (B2B) ini menjadi permulaan kepada edisi kelima Pameran Pelancongan Berasaskan Komuniti Sabah 2023, yang diadakan dari 17-19 November di pusat beli belah Suria Sabah.

Sebanyak 12 pengusaha di bawah FeRTAS akan terbabit dalam sesi B2B bersama pemain industri utama daripada Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) dan Persatuan Pelancong Sabah (STA).

Pengusaha terbabit dalam pelancongan komuniti ini adalah persatuan pelancongan dari Nabalu, Kadamaian, Kota Marudu, Lahad Datu, Kiulu, Keningau, Tambunan, Tenom, Penampang, Kuala Penyu, Ranau dan Kota Belud.

Sesi ini bertujuan untuk membiasakan ejen dengan tawaran pelancongan masyarakat luar bandar dan memberi panduan kepada pengendali mengenai strategi pemasaran yang berkesan.

Program anjuran bersama Lembaga Pelancongan Sabah dan FeRTAS ini dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor esok (17 November).

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, pameran tahun ini akan menyaksikan 40 gerai pameran dengan penyertaan daripada pelbagai persatuan pelancongan dan kementerian.

“Buat pertama kali, Labuan dan Brunei juga akan turut serta dalam pameran. Ini adalah peningkatan yang ketara dan ia menandakan momentum yang semakin meningkat dalam usaha kami untuk mempromosikan pelancongan masyarakat luar bandar.

“Penyertaan negara jiran menyumbang kepada pembangunan mampan pelancongan luar bandar dengan mewujudkan hubungan di luar sempadan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa akhir program pada Rabu.

Orang ramai yang akan datang menyemarakkan acara tiga hari itu akan menyaksikan pelbagai aktiviti, termasuk ceramah bermaklumat oleh FeRTAS, Persatuan Homestay Sabah, Pusat Kraftangan Sabah, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan dan Taman Sabah.

Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam kuiz selepas setiap ceramah di mana mereka berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah.

Pameran itu juga akan menampilkan persembahan tarian kebudayaan, permainan tradisional, pertunjukan alat muzik tradisional dan demonstrasi masakan tradisional.

“Ini pasti menjadi acara yang akan memberikan kepada pengunjung pengalaman yang mengasyikkan.

“Selain itu mereka akan didedahkan kepada pelbagai tawaran pelancongan luar bandar,” katanya.

Selain acara utama, peraduan mewarna kanak-kanak yang dibahagikan kepada dua kategori (5-8 tahun dan 9-12 tahun) yang mana ini akan unsur mesra keluarga kepada Pameran Pelancongan Berasaskan Komuniti Sabah 2023.

Salah satu matlamat utama FeRTAS adalah untuk memperkasakan lagi industri pelancongan luar bandar di negeri ini. Ia diharap dapat membantu industri pelancongan luar bandar supaya lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

“Kami berharap usaha ini juga dapat meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha pelancongan di luar bandar,” kata jurucakap persekutuan itu dan menambah persatuan itu sudah beroperasi sudah lebih lima tahun.

Pada awal beropasi FeRTAS menaungi pengusaha atau persatuan pelancongan daripada kira-kira 26 daerah seluruh Sabah.

FeRTAS mahu mengetengahkan pelbagai produk utama di setiap daerah dan tidak sama dengan kawasan pelancongan lain di Sabah.

“Ketika ini, memang masing-masing (pengusaha pelancongan) ada produk utama.

“Namun jika boleh, kita tidak mahu ada persamaan dan mungkin ada produk utama lain yang boleh diketengahkan lagi.”

Sabah mengenal pasti 12 produk asas tani dikenal pasti mampu untuk menonjolkan negeri ini sebagai hab pelancongan luar bandar yang berkembang maju.

Antaranya ialah Mount Kinabalu Coffee dan Sunduan Pisompuruan Everything Pineapple di Kota Belud; Tampakan Fish Farm dan Gombizau Honey Bee Farm di Kudat dan Saujana Hill di Kota Marudu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.