40 pegawai agensi negeri sertai program integriti kelolaan MBI

14 Sep 2022 • 10:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 SEPT: Seramai 40 peserta dari kalangan pegawai agensi Kerajaan Negeri menyertai program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kelolaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Bangunan Darul Ehsan di sini.

MBI berkata kursus anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula semalam sehingga 6 Oktober depan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek pencegahan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan selain memupuk budaya kerja berintegriti.

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek (kanan) dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei antara 40 pegawai agensi Kerajaan Negeri yang menyertai program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Bangunan Darul Ehsan pada 13 September 2022. Foto MBI Selangor

Kursus berkenaan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Gan Pei Nei.

Sebelum ini, Norita memaklumkan MBI diberi kepercayaan oleh SPRM untuk menganjurkan program CeIO kepada individu serta kumpulan yang bekerja di negeri ini.

“Sebelum ini kursus ini dianjurkan sendiri oleh SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan mereka yang berminat mengikuti kursus ini perlu menunggu lama kerana ia melibatkan pendaftaran dan terhad.

“Jadi apabila MBI diberi kepercayaan menganjurkan kursus ini, proses itu dapat dipercepatkan. Kita hanya anjur dengan sediakan tempat dan kemudahan. Dari segi latihan dan kursus masih dijalankan oleh SPRM,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved