40 pelajar dan pensyarah UUM terkandas di Hatyai akibat banjir

22 Nov 2025 • 10:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

36 pelajar dan 4 pensyarah UUM terkandas di Hatyai akibat banjir, universiti sedang selaras bantuan dengan Konsulat Malaysia di Thailand

ALOR SETAR: Sebanyak 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) terkandas di Hatyai, Thailand akibat banjir yang melanda bandar itu.

Mereka sedang mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 bermula Isnin hingga 30 November.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed mengesahkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

“Universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menekankan kebajikan dan keselamatan semua pelajar serta staf menjadi keutamaan universiti.

UUM sedang memantau keadaan secara berterusan dan berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai.

“Bantuan dan sokongan dapat diberikan segera melalui kerjasama dengan konsulat,” tambah Ahmad Martadha.

Keluarga pelajar dan staf yang terlibat dinasihatkan bertenang dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pihak berkepentingan.

“UUM komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta staf terjamin,” tegasnya.

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM). – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved