40 pelajar, pensyarah UUM terkandas di Hatyai, operasi pemindahan ditangguhkan

25 Nov 2025 • 12:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Operasi pemindahan sementara 40 pelajar termasuk pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kini terkandas di Hatyai terpaksa di tangguhkan seketika.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, ia selepas pihak berkuasa tempatan di Hatyai belum membenarkan pemindahan dilakukan atas faktor keselamatan.

Kesemua mereka menetap di Wangburapa Grand Hotel, di Hatyai dengan makanan dan minuman disalurkan oleh kepada Konsulat Malaysia di Songkla.

Paras air di hotel berkenaan kini dilaporkan makin meningkat sehingga memenuhi paras bawah manakala bekalan air serta elektrik juga sudah terputus.

Ahmad Martadha berkata, hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan banyak jalan ditutup semula, sekali gus menyukarkan pasukan penyelamat untuk memindahkan pelajar terbabit.

“Eevakuasi akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda, dan laluan ke sempadan boleh dilalui,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook universiti berkenaan.

image is not available
Pemandangan dari bilik hotel yang didiami pelajar berkenaan. - Gambar Facebook UUM, 25 November, 2025

40 pelajar itu serta empat pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), mengikut program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 22 November lalu.

Bagaimanapun mereka terkandas selepas Hatyai dilanda banjir buruk.

Sejak hujung minggu lalu, Hat Yai dilanda hujan lebat, mengakibatkan banjir kilat teruk di beberapa kawasan bandar tersebut.

Setakat ini, kata Ahmad Martadha, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring dilaporkan dalam keadaan selamat, dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih.

Sementara makanan dan minuman disalurkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla kepada pelajar berkenaan. - 25 November, 2025

The post 40 pelajar, pensyarah UUM terkandas di Hatyai, operasi pemindahan ditangguhkan appeared first on Scoop.