40 tahun berhabis wang demi negara

16 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 40 tahun berhabis wang demi negara

TELUK INTAN – Seorang kontraktor tidak lokek berbelanja menghias kediamannya dengan Jalur Gemilang serta kenderaan antik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia sejak 40 tahun lalu.

Menurut Taraq Naemzia Abdul Ghani, 70, semua itu dilakukan sebagai tanda cintakan negara dengan menyifatkan ia hanyalah pengorbanan kecil berbanding sumbangan negara kepadanya.

“Berhabis duit kerana cintakan negara, tidak mengapa. Saya bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana negara yang aman dan tenteram.

“Rezeki diperolehi sebagai kontraktor dan berniaga kecil-kecilan, saya sumbangkan kembali kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, Taraq Naemzia bersama 150 murid menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia menerusi Program Perarakan Bulan Kebangsaan Tabika Perpaduan Daerah Hilir Perak di sekitar Teluk Intan semalam.

Dia yang enggan berkongsi jumlah wang yang telah dihabiskan selama 40 tahun memaklumkan, sekiranya ada bahan-bahan dekorasi yang masih elok, ia akan disimpan untuk digunakan pada tahun-tahun seterusnya.

“Inilah cara saya membuktikan rasa cinta kepada negara tanpa mengira warna kulit, keturunan dan agama. Saya anggap Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini ibarat ‘hari raya’ untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain Jalur Gemilang, kediaman bapa dua anak itu ibarat galeri bersejarah kerana terdapat senarai nama Menteri Besar ­Perak serta gambar, setem lama dan baharu, logo tema kemerdekaan, info kemerdekaan negara serta pelbagai dekorasi menarik berkaitan Jalur Gemilang seperti bunga, payung dan tanjak.

The post 40 tahun berhabis wang demi negara appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved