40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Lihat Pihak Penerbangan ‘Handle’ Barang

24 May 2023 • 9:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tub Nutella yang diterima dalam keadaan kemik dan pecah

40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Lihat Pihak Penerbangan ‘Handle’ Barang. Terdapat sebuah event makanan di Kuching yang dikenali sebagai Food Republik yang akan berlangsung selama lima hari, bermula dari 24 Mei 2023 hingga 28 Mei 2023 di Stadium Negeri Sarawak.

Walaupun begitu, sebuah kisah sedih telah berlaku apabila peniaga dari Semenanjung Malaysia kongsi pengalaman tidak menyenangkan yang dialaminya.

image is not available
40 Tub Nutella Pecah, Peniaga Datang Berjual Stadium Kuching Sedih Lihat Pihak Penerbangan ‘Handle’ Barang

40 coklat Nutella dan coklat putih mengalami kerosakan teruk

Pemilik perniagaan Kunafah Aiwah ini telah berkongsi di laman Tiktok akaun beliau sendiri mengenai kejadian yang menimpa bahan-bahan dagangan miliknya.

Beliau juga menunjukkan keadaan lebih daripada 40 tub coklat Nutella dan coklat putih yang telah mengalami kerosakan teruk akibat kecuaian pihak penerbangan.

image is not available

Netizen dan orang ramai turut merasa sedih dan kecewa terhadap kecuaian pihak penerbangan dalam mengendalikan barangan mereka. Sebagai seorang peniaga yang ingin menjual barang dagangan, sudah tentu sangat menyedihkan jika ia menerima barang dalam keadaan cacat dan tidak sesuai untuk dijual.

@ojennn_aiwahh Tolong saya viralkan habis pecah semua apeni @AirAsia @AirAsiaAirlines ♬ Satu Rasa Cinta Tolis (Acoustic) – Mohirfandi

Jelas pemilik Kunafah Aiwah ini juga, pihak mereka telah meletakkan bubble wrap dan juga sticker ‘mudah pecah’ pada bungkusan tersebut.

Walaupun dihadapi dengan keadaan yang cukup mengecewakan, pemilik perniagaan Kunafah Aiwah ini tetap tidak mahu putus asa dan masih meneruskan perniagaannya di Stadium Negeri Sarawak.

@ojennn_aiwahh Replying to @Ikarichee.co ♬ Komang

Beliau telah menyimpan semangat yang tinggi serta keinginan yang kuat untuk meneruskan perniagaan beliau dengan mengambil inisiatif untuk memesan lagi tub Nutella baharu.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: