400 Mangsa Terperangkap Kejadian Kepala Air Di Kuala Kubu Bharu Selamat – Bomba

LocalEnvironment
15 Sep 2025 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

400 Mangsa Terperangkap Kejadian Kepala Air Di Kuala Kubu Bharu Selamat – Bomba

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Sebanyak 400 individu menghadapi detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air ketika berkhemah dan berkelah di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Kerling di Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi.

Beliau berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 20 kilometer dan tiba pada 6.11 pagi.

“Air mula naik sekitar 3 pagi tadi, menyebabkan pengunjung yang berkhemah dan berkelah sempena cuti umum serta cuti sekolah terperangkap.

“Semua mangsa bagaimanapun selamat dan telah diarahkan berpindah ke kawasan tinggi dengan pemantauan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap sedang giat dijalankan.

image is not available image is not available

Sumber: Bernama