400kg sampah termasuk e-waste dikumpul

LocalEnvironment
22 Jul 2024 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hampir 400kg sampah kitar semula, minyak masak terpakai (MMT) dan e- waste berjaya dikumpul.

image is not available
Sebahagian peserta yang terlibat dalam program anjuran MPAJ.

image is not available
Matlamat program diadakan untuk memberi kesedaran berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.

AMPANG JAYA - Hampir 400 kilogram (kg) sampah kitar semula, minyak masak terpakai (MMT) dan e- waste berjaya dikumpul menerusi Program Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Sungai - ‘Smart Ranger Training Of Trainer’ di Jalan N, Taman Melawati di sini.

Program anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Siri 2/2024 itu dikendalikan Jawatankuasa Kerja SSM 2035 Jawatankuasa Kerja Ampang Jaya Bersih, Indah dan Sihat (BIS).

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, matlamat program tersebut diadakan untuk memberi kesedaran berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai.

"Fokus program pula ditumpukan kepada pelajar sekolah tentang pentingnya menjaga kebersihan sungai supaya bebas daripada segala pencemaran.

"Seramai 110 orang yang terdiri daripada pelbagai agensi, komuniti dan murid sekolah menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan.

"Turut diadakan Pameran Alam Sekitar Dan Vektor, aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH) dan Latihan pengukuhan Asas (Persampelan Kualiti Air dan pengenalpastian habitat hidupan sungai oleh pihak LUAS) dilaksanakan di Sungai Klang, Taman Melawati di kalangan pelajar sekolah," kata kenyataan.

Selain itu, pengumpulan dan kutipan MMT dan e-Waste juga dilaksanakan dengan kutipan e-waste mencatatkan kutipan sejumlah 124.65 kg manakala kutipan MMT sebanyak 83 kg.

"Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam turut menjalankan kutipan sampah kitar semula dengan jumlah kutipan adalah sebanyak 189.52kg," menurut kenyataan itu lagi.