402 kes vape dikaitkan dengan dadah sintetik, asas kuat haramkan vape: Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
21 Jun 2026 • 9:05 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: 402 kes vape dikaitkan dengan dadah sintetik, asas kuat haramkan vape: Dzulkefly

KUALA LUMPUR - Data rampasan rokok elektronik atau vape oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga April lepas merekodkan sebanyak 402 kes membabitkan peranti dan cecair rokok elektronik dikesan dicampurkan dengan pelbagai jenis dadah sintetik berbahaya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia sekali gus menjadikan bukti tersebut sebagai asas yang kuat kepada kerajaan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik di negara ini.

Beliau memberitahu, ia merupakan satu hujah yang kuat dan perkara itu kini dalam pengamatan kerajaan.

"Pengesanan dadah sintetik seperti benzodiazepine, nimetazepam, MDMA, cannabinoid, tetrahydrocannabinoid, dan juga methamphetamine di dalam sediaan rokok elektronik ini pastinya dilarang dan terlarang untuk digunakan, khususnya terhadap anak-anak di bawah umur atau OBD (Orang Belum Dewasa),’’ katanya lapor Bernama.

Pada 11 Jun lepas, ​Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai "Piu Piu” di pasaran, yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.

Menurut Ayob, dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk dengan penggunanya umpama ‘zombi’.

​Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius insiden lambakan cecair rokok elektronik yang dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya dan menegaskan komitmen kerajaan melalui pendekatan menyeluruh bagi menangani ancaman berkenaan.

Tindakan penguatkuasaan, tegasnya tidak lagi hanya terletak di bahu KKM, sebaliknya digerakkan secara agresif melalui kerjasama strategik rentas agensi termasuk bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM. - 21 Jun, 2026

The post 402 kes vape dikaitkan dengan dadah sintetik, asas kuat haramkan vape: Dzulkefly appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved