405 tan bahan kimia, jutaan kad SIM kosong dirampas

21 Nov 2026 • 6:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 405 tan bahan kimia, jutaan kad SIM kosong dirampas

JAKARTA – Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) menggagalkan dua cubaan penyeludupan di Pulau Sumatera apabila merampas 405 tan bahan kimia, berjuta-juta kad SIM kosong dan 20.07 kilogram metamfetamin, lapor laman berita RRI hari ini.

Rampasan pertama dibuat di atas kapal asing berbendera Comoros, MV Star Line di perairan Belawan, wilayah Sumatera Utara. Kapal tersebut didapati membawa 405 tan bahan kimia natrium perklorat dan jutaan kad SIM kosong.

Kawalan keselamatan dilakukan oleh kapal tentera KRI Sigalu-857 pada Sabtu, 7 November lepas. Tindakan bermula apabila MV Star Line dikesan melakukan aktiviti mencurigakan dan tidak membalas komunikasi radio.

Semasa pemeriksaan, anggota-anggota TNI  menemui 15 kontena yang menyimpan  405 tan natrium perklorat. Mereka juga menemui jutaan kad SIM 4G LTE kosong yang dibungkus dalam 54 palet.

Kapal tersebut kemudiannya diiring ke markas  Komando Wilayah I untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. 

Proses siasatan dilakukan dengan kerjasama Badan Narkotik Nasional (BNN), Polis Negara Indonesia (Polri), Jabatan Kastam dan Eksais, Imigresen, serta agensi berkaitan.

Sementara itu, penemuan kedua dibuat oleh anggota Pasukan Tindak Balas Pantas Pangkalan Angkatan Laut Lhokseumawe di  Kuala Raja Muda, Aceh  dengan 20.07 kilogram metamfetamin dirampas sebagai bahan bukti.

Operasi dilakukan pada 5 November lepas hasil maklumat orang awam. 

Pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebuah guni mengandungi 20 bungkusan metamfetamin yang dibungkus dalam uncang teh Cina. – AGENSI

 

The post 405 tan bahan kimia, jutaan kad SIM kosong dirampas appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved