41 mangsa banjir Baling ditempatkan di dua PPS

3 Aug 2022 • 12:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALOR SETAR: Seramai 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling sehingga pukul 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa rumah di lima kampung di daerah itu dinaiki air.

“Lima kampung yang terlibat ialah Kampung Rambong Batu, Kampung Bendang Sera, Kampung Jernang, Kampung Seratus dan Kampung Tanjung Langsat.

“Seramai 24 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Tun Abdul Razak,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata keadaan cuaca di Baling setakat ini mendung. — Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved