41 nelayan terima bantuan peralatan menangkap ikan

LocalBusiness & Finance
19 Mar 2026 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seramai 41 nelayan di kawasan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Libaran menerima bantuan enjin sangkut serta peralatan menangkap ikan menerusi Program Rahmah Mesra Madani pada Rabu.

Program yang berlangsung di Dewan Norlisa, Bandar Labuk itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

Beliau menyatakan sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif LKIM dalam mendekati golongan sasar khususnya komuniti nelayan di Sabah selain membantu meringankan beban kos operasi mereka.

Dalam majlis tersebut seorang penerima menerima bantuan enjin sangkut manakala 40 lagi menerima peralatan tangkapan ikan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 41 orang dengan nilai bantuan dianggarkan sebanyak RM48,000.

Program berkenaan turut menghimpunkan kira-kira 80 peserta yang terdiri daripada warga kerja LKIM, wakil Persatuan Nelayan Negeri (PNN), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), serta komuniti nelayan setempat.

“Bantuan yang disalurkan kepada nelayan dan golongan asnaf ini mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam memastikan kebajikan masyarakat nelayan terus terbela, di samping menjamin sekuriti makanan negara sentiasa berada pada tahap yang stabil.

“Selain itu LKIM berharap sumbangan berkenaan dapat menceriakan penerima menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.