413 mangsa banjir berada di 3 PPS di Sarawak

18 Feb 2024 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit penurunan dengan 413 orang daripada 107 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, setakat jam 8 pagi ini berbanding 418 orang petang semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (167) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam ini diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved