417 Pendatang Asing Tanpa Izin dihantar pulang

1 Jun 2024 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seramai 417 warga Filipina dihantar pulang pada Rabu menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) Siri 9 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024, yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Kesemua PTI yang dihantar menerusi program pemindahan susulan Mei 2024 itu melibatkan 349 lelaki, 41 wanita, tiga kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dan 24 kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah.

Kesemua mereka yang terlibat berusia antara satu satu bulan hingga 66 tahun.

Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang itu bersama ibu, bapa dan penjaga masing-masing. Penghantaran melalui laut itu menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, kesemua PTI yang terlibat pada kali ini adalah tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Sandakan sahaja.

Katanya, setakat ini, seramai 2,437 orang tahanan warganegara Filipina juga telah dipindahkan tahun ini ke negara asal, melibatkan pengangkutan laut dan udara.

Jelasnya, kesemua PTI yang dipindahkan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

Saleha menambah, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI, setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara, serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.