42 persatuan belia Tongod bakal terima insentif RM1,000

26 Aug 2022 • 6:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TONGOD: Semua 42 persatuan belia yang berdaftar di daerah Tongod masing-masing akan menerima insentif RM1,000 mulai awal tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah pada majlis ulang tahun ke-8 Persatuan Belia Entilibon Asal (PEBENA) baru-baru ini.

Katanya, insentif itu sebagai galakan kepada persatuan belia untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan selain menganjurkan kegiatan sukan dan sosial.

“Mulai tahun depan kita berharap semua persatuan belia yang berdaftar akan mengaktifkan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan belia,” katanya.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mahu golongan belia di daerah ini turut bersaing dalam pelbagai bidang ekonomi, termasuk industri berasaskan pertanian dan perikanan.

Ketika ditanya, sama ada beliau bercadang mewujudkan insentif tambahan bagi persatuan yang bergiat cemerlang, Masiung berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.

Sejak lima tahun lalu, wakil rakyat Bebas itu telah mewujudkan satu pembaharuan kepada warga belia di Tongod dengan memberikan insentif RM1,000 kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.