
Tuaran: Sebanyak 42 tapak pemancar 5G di sini siap sepenuhnya sebagai langkah untuk mempertingkatkan capaian internet kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah.
Menurut Kementerian Komunikasi, pencapaian ini adalah sebahagian daripada inisiatif Digital Nasional Berhad (DNB) dalam menyediakan liputan 5G di seluruh negara.
Advertisement“Setakat 31 Ogos 2024, DNB telah menyiapkan sejumlah 7,231 tapak pemancar 5G yang secara keseluruhannya telah menyediakan 82 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia.
“Di Sabah, 566 daripada 594 tapak yang dirancang telah disiapkan. 42 tapak pemancar yang disasarkan di Tuaran juga telah siap sepenuhnya.”
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Kementerian Komunikasi menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis terhadap pertanyaan yang dikemukakan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran) dalam Soalan Bertulis di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam soalannya, Madius meminta Kementerian untuk menyatakan langkah-langkah dalam memastikan capaian internet 5G kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah, khususnya di daerah Tuaran.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kementerian Komunikasi memaklumkan, daripada 87 sekolah yang berada di di Tuaran, 46 sekolah telah berada dalam liputan 5G.
Kementerian memberitahu, berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kemudahan telekomunikasi untuk 240 sekolah di pedalaman Sabah telah ditambah baik.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Langganan perkhidmatan internet menggunakan teknologi jalur lebar 4G (30Mbps) dan satelit (100Mbps) telah ditingkatkan kepada teknologi fiber optik dengan kelajuan minimum 300Mbps bermula 1 Julai 2024.
“Penambahbaikan ini dilaksanakan menerusi Perolehan Perkhidmatan Internet Institusi Pendidikan dan Sekolah KPM. Inisiatif ini sedang dinikmati oleh 26 sekolah di Tuaran,” jelas Kementerian Komunikasi.




