42Geeks Mendarat Di Malaysia Untuk Memacu Industri Syarikat Pemula Tempatan Dan Serantau

TechnologyDigital
28 Feb 2024 • 4:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Untuk mana-mana pengasas syarikat yang mahu membina perniagaan mereka, dua aspek yang sangat penting bagi mereka ialah dana untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dan juga hubungan yang baik didalam industri syarikat pemula dan juga dengan para pelabur tempatan dan serantau.

image is not available

Selari dengan itu, Endeavor Malaysia hari ini telah menganjurkan acara suai-kenal Tech Nexus bersama-sama dengan 42Geeks, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang membawa 50 pelabur dan pengasas syarikat-syarikat korporat dan MNC dari Amerika Syarikat, Ar

ab Saudi, Brazil, Jepun, Singapura dan lain-lain untuk melawat rantau-rantau dimana industri syarikat pemula sedang berkembang untuk mencari pelaburan dan juga hubungan baru.

image is not available

Kuala Lumpur merupakan perhentian ketiga 42Geeks setelah bertapak di Jakarta dan Singapura sejak 21 Februari 2024. Kumpulan ini, yang terdiri daripada para pengasas Dave McClure dan Chok Ooi dan juga sejumlah pengasas dan pelabur daripada Amerika Syarikat mendarat di Malaysia pada 27 Februari dan akan berada di sini sehingga 1 Mac 2024 dan akan bertemu dengan lebih seratus pengasas syarikat-syarikat pemula tempatan.

Untuk memberikan 42Geeks sedikit pemahaman tentang bagaimana industri syarikat pemula Malaysia beroperasi, Endeavor Malaysia juga telah menampilkan khidmat beberapa individu yang tidak asing lagi di arena ini, seperti Ong Kian-Ming, mantan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Chen Chow Yeoh, pengasas Fave Group, Shahril Hamdan, pengasas dan pengarah urusan Watchtower Advisory, Tun Alizakri Alias, pengerusi MAVCAP dan Joel Neoh, pengasas Says.com.

image is not available

Sewaktu acara Tech Nexus yang berlangsung di Common Ground KL Eco City, kumpulan 42Geeks bertemu dengan 150 peserta acara yang mana mereka juga merupakan pemilik dan pengasas syarikat pemula sendiri.