
KANGAR: Seramai 44 anak seni yang sering berlakon dalam drama terbitan Zeel Production menyertai rombongan mengunjungi lokasi-lokasi pelancongan di negeri ini sebagai tanda sokongan serta bersempena sambutan Hari Kebangsaan.
Program yang dianjurkan Zeel Production dengan kerjasama Persatuan Anak Seni Perlis diketuai
Md. Fadzil Teh itu turut bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim anak seni di negeri ini.
Antara lokasi dikunjungi ialah Tasik Melati, Taman Kenaf, Padang Besar, Gua Kelam, Taman Ular, Taman Herba, Kampung Wai dan banyak lagi.
Md. Fadzil berkata, kunjungan tersebut memberi pengalaman berharga kepada para peserta selain banyak ilmu pengetahuan diperoleh khususnya semasa di Taman Herba di sini.
“Kita juga bercadang untuk meneruskan aktiviti seperti ini khususnya bagi mengenali lebih dekat budaya dan sejarah di negeri ini..-UTUSAN
The post 44 anak seni dibawa ‘ronda’ seluruh Perlis appeared first on Utusan Malaysia.
