44 pelajar B40 di DUN Sentosa terima cermin mata percuma

27 Feb 2023 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 27 FEB: Seramai 44 pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima cermin mata percuma.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata menerusi program kembali ke sekolah dengan penglihatan baik, mereka ditawarkan pemeriksaan mata secara percuma seterusnya menerima cermin mata masing-masing.

image is not available
Ahli Dewan Negeri Dr G Gunarajah bergambar bersama pelajar yang menerima cermin mata percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang pada 25 Februari 2023. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj

“Program ini untuk membantu pelajar daripada keluarga B40 yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran (penglihatan tidak jelas).

“Seramai 44 orang telah dikenalpasti melalui pemeriksaan mata dilakukan dan mereka boleh memilih bingkai cermin mata kesukaan,” katanya di Facebook.

Menurut Gunarajah pihaknya berharap inisiatif itu membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

“Terima kasih Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) Sentosa, pihak pengurusan sekolah dan VO Optics yang telah berganding bahu demi kebaikan pelajar,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved