44 Pelajar Kolej & Pemandu Berdepan Detik Cemas, Bas Persiaran Dinaiki Terbakar

10 Sep 2022 • 7:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar

Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu bas terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, hari ini.

Menurut Astro Awani, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 petang tadi.

“Kebakaran melibatkan bas persiaran yang membawa pelajar kolej Matrikulasi Changlun, Kedah. Seramai 44 orang pelajar dan pemandu dalam keadaan selamat dan semua mangsa keluar dengan sendiri dari kenderaan tersebut,” katanya.

image is not available

Tambah jurucakap bomba itu lagi, bas itu dalam perjalanan dari Kelantan ke kolej berkenaan. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Pasukan bomba telah menggunakan aliran ‘hose’ 100 kaki, satu pancutan yang bersumberkan air dari pili bomba bagi memadamkan api kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nizam Zakaria itu tamat pada jam 3.48 petang.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved