
PENAMPANG: Empat daripada keseluruhan enam blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kibabaig di sini kini sedia untuk didiami.
Empat blok tersebut mengandungi 443 unit rumah dan surat tawaran untuk menyewa kepada yang layak menduduki rumah PPR ini akan disampaikan kepada mereka.
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata penerima boleh menduduki unit masing-masing bermula bulan depan dan Mac.
Beliau berkata, dua lagi blok yang mengandungi 134 unit rumah masih dalam proses pembaikan melibatkan blok dan cerun.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Dr Joachim telah mengadakan lawatan ke PPR tersebut, Khamis lalu.
Semasa lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Pegawai Eksekutif (PE) Majlis Daerah Penampang (MDP), Robert Malangking serta pegawai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan (KPKT).
Turut hadir Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr Jamili Nais; Ahli-ahli MDP, pegawai dan kakitangan KKTP, serta pemimpin setempat.
Dr Joachim berkata, MDP sedang meneliti ribuan permohonan dan pemohon yang layak akan dipilih untuk menyewa rumah PPR ini.
“Ini menunjukkan masih ramai dalam kalangan rakyat yang memerlukan perumahan seperti ini dan Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lot-lot tanah kerajaan yang sesuai dibina PPR mengikut polisi Kerajaan Pusat (KPKT), iaitu tanah sesuai perlu tersedia dan peruntukan hanya disalurkan untuk membina bangunan itu supaya mengelak ‘projek sakit’,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong berkata, kunjungan Menteri tersebut adalah untuk memudahkan penyelarasan kerja antara KPKT, KKTP dan Majlis Daerah Penampang.
Beliau juga berharap kesemua enam blok PPR itu dapat didiami dalam masa terdekat dan semua proses berjalan lancar.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

