
45 Kanopi Di Bazar Jalan TAR ‘Terbang’ Dilanda Ribut Petang Tadi
Sebanyak 45 kanopi di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tercabut dan diterbangkan angin susulan hujan lebat, angin kuat yang melanda petang tadi.
Situasi bazar berkenaan dikongsikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook.
Difahamkan, pihak DBKL telah melaksanakan kerja-kerja penggantian kanopi menggunakan kanopi simpanan yang telah diberikan oleh pihak penaja sejurus kejadian bagi memastikan kelangsungan operasi bazar berjalan seperti biasa.
“DBKL sedang mengambil langkah-langkah pemulihan segera bagi memastikan peniaga yang terlibat dapat meneruskan operasi dengan selamat. Pemantauan dan penambahbaikan akan dilakukan bagi mengendalikan situasi seumpama ini, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
“DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama peniaga serta pengunjung dan akan terus berusaha memastikan keselamatan serta keselesaan di bazar ini terjamin,” maklum kenyataan tersebut.
Sementara itu, dalam beberapa klip yang dikongsikan di media sosial memaparkan saat ribut melanda di lokasi bazar tersebut.
https://www.facebook.com/100071778937597/videos/650566990787140
Rata-rata runtuh dan tercabut dibadai ribut, dengan kebanyakan peniaga-peniaga terpaksa melakukan kerja-kerja pembaikan selepas itu.
https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid022FVfQYz9XRksmY81P2DSAZDsrPRB5Cud75K8ZrwsRX6zDm65qnJPXeTYX3k9XJSzl
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri pada petang tadi.
Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah termasuk di keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Sumber: DBKL
The post 45 Kanopi Di Bazar Jalan TAR ‘Terbang’ Dilanda Ribut Petang Tadi appeared first on Siakap Keli.
