45 pasukan rebut Piala Ketua Menteri di Tuaran

11 Feb 2023 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Sebanyak 45 pasukan berentap dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Menteri Sabah yang berlangsung tiga hari di Dewan Seri Sulaman di sini, bermula Jumaat.

Pertandingan terbuka terdiri pasukan seluruh daerah itu merupakan anjuran Persatuan Sepak takraw Negeri Sabah (Astaka) dan Biro Kebajikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Tuaran.

Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Mohammad Ghazali Haji Hajiji berkata, platform terbabit sangat penting bagi mencungkil bakat peserta khususnya pemain muda.