45 rumah anggota Rela Kunak dibaik pulih

LocalPolitics
25 Aug 2024 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Sejumlah 30 rumah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kunak sedang dalam proses dibaik pulih, sementara 15 lagi akan menyusul untuk diberikan bantuan serupa tahun ini.

Adun Kunak Datuk Norazlinah Arif berkata, sebagai permulaan bahan-bahan binaan termasuk kayu, zink, papan lapis, dan perkakasan lain telah disalurkan melibatkan kos berjumlah RM27,000 untuk 30 rumah.

“Saya akan memberikan tambahan lagi untuk 15 unit (rumah) bagi penyediaan bahan-bahan baikpulih. Kos keseluruhan untuk kesemua 45 rumah ini mencecah lebih RM40,000 yang disalurkan menerusi bantuan peruntukan Adun,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-royong Baikpulih Rumah Anggota Rela & Majlis Penyerahan Peralatan Baikpulih peringkat Rela daerah Kunak di Dewan Arena Belia di sini, pada Jumaat.

View Original Article