450,000 rakyat Palestin tinggalkan Rafah, elak jadi mangsa tentera Israel

14 May 2024 • 9:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GAZA, 14 MEI: Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu ketika gerombolan penduduk yang kehilangan tempat tinggal cuba melarikan diri daripada pertempuran sengit di bandar paling selatan semenanjung pantai itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Jalan di Rafah kosong ketika keluarga terus melarikan diri untuk mencari keselamatan,” catat Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di platform X hari ini.

“Orang ramai menghadapi keletihan, kelaparan dan ketakutan yang berterusan. Tiada tempat selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan.”

Tentera Israel mara ke bandar paling selatan Semenanjung Gaza itu dari timur lebih seminggu lalu dan sejak itu juga telah menguasai bahagian Palestin di pintu masuk sempadan Rafah ke Mesir.

Pada Ahad, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengulangi bantahan Washington terhadap serangan darat besar-besaran di Rafah.

Rafah menempatkan lebih daripada 1.5 juta orang Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

– BERNAMA-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved