
KOTA MARUDU: Kira-kira 450 wanita memperagakan kebaya, busana yang dianggap busana tertua di Malaysia, dalam satu majlis anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Kota Marudu dekat sini, baru-baru ini.
Majlis Jasamu Dikenang dan Pencarian Ratu Kebaya yang julung kalinya diadakan itu, disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri yang juga Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda.
Menurut Redonah, wanita di Kota Marudu khususnya wajar dibanggakan dan dihargai kerana majoriti antara mereka memegang jawatan penting, termasuk mereka di bawah Puspanita.
"Merekalah penjawat awam yang bekerja di luar dan mereka jugalah tulang belakang ketika di rumah, mengurus rumah, makan minum keluarga dan menjaga anak-anak.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more "Kita di daerah Kota Marudu ini contohnya, dipimpin oleh seorang wanita iaitu Pegawai Daerah Kota Marudu sendiri, satu-satunya pegawai daerah wanita di Sabah.
"Selain menyumbang kepada daerah dan menabur bakti membawa kemajuan untuk daerah, beliau juga tidak lepas daripada tanggungjawab sebagai suri rumah tangga ketika berada di rumah,” katanya ketika berucap pada majlis anjuran Puspanita Kota Marudu itu.
Hadir sama Pegawai Daerah Kota Marudu merangkap Penaung dan Penasihat Puspanita Kota Marudu, Meirin Sugara dan Pengerusi Puspanita Kota Marudu, Nurhazlifah A. Rahim. Redonah berkata, penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim, khususnya antara wanita-wanita di daerah ini.
Beliau juga memberi penghargaan kepada ahli Puspanita yang komited dalam memastikan segala agenda dan program berjalan dengan lancar, khususnya Pengerusi Puspanita Cawangan Kota Marudu.
Untuk rekod, Puspanita Kota Marudu ketika ini mempunyai kira-kira 250 ahli.
Pada majlis itu, Ainnis Omutong merebut gelaran Ratu Kebaya daripada 12 peserta, sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500, sijil, selempang dan trofi.

