46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong

18 Dec 2023 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong, di sini, susulan kejadian tanah runtuh semalam. - Foot Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong di sini, susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata, kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam.

Beliau berkata, terdapat pergerakan tanah dikesan melibatkan simen di depan pintu pagar beberapa rumah runtuh semalam.

"Sebuah kenderaan Honda City dikeluarkan menggunakan kren pada 6 petang semalam,” katanya.

Sementara itu, Anbalagan berkata, pusat pemindahan sementara yang menempatkan lapan orang daripada satu keluarga ditutup secara rasmi 9 malam tadi.

Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Sebelum ini dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan itu, selain sebuah kereta Honda City yang diparkir di tepi jalan dilihat terjunam ke dalam gaung akibat kejadian berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved