46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza

15 May 2025 • 8:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA/ISTANBUL, 15 MEI: Sekurang-kurangnya 46 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel ke atas beberapa rumah dan khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Sumber perubatan itu berkata beberapa siri serangan Israel sekitar waktu subuh ke atas rumah dan khemah di bandar Khan Younis, selatan Gaza telah mengorbankan 36 orang dan mencederakan lebih 60 yang lain, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pasukan perubatan turut mengeluarkan lima lagi mayat daripada runtuhan rumah yang diserang malam tadi ketika usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari mangsa yang terselamat.

Agensi berita rasmi Palestin, WAFA yang memetik sumber perubatan, melaporkan lima orang turut terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di bandar Jabalia, utara Gaza.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengorbankan hampir 53,000 rakyat Palestin setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved