46 Termasuk 37 Kanak-Kanak Dilapor Maut Ketika Upacara Mandi Ritual

27 Sep 2024 • 10:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

46 individu termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan upacara mandi ritual semasa satu perayaan Jivitputerka di beberapa daerah di Bihar, Timur India pada Khamis.

image is not available

Foto: NDTV

Menurut laporan NDTV, insiden tersebut berlaku di 14 daerah di negeri itu semasa perayaan yang diadakan sejak Rabu.

Semasa perayaan tersebut, wanita dituntut untuk berpuasa demi kesejahteraan anak-anak dan mereka dikehendaki berendam ke dalam air bagi melengkapkan ritual tersebut.

image is not available

Foto: The New Indian Express

Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM19,800) kepada waris mangsa dan proses pemberian pampasan telah bermula kepada ahli keluarga lapan orang yang meninggal dunia, setakat semalam.

“Pentadbiran daerah membuat pengaturan yang mencukupi untuk semua mereka yang melawat ghats sungai / kolam khusus semasa perayaan ‘Jivitputerka’.

“Masalah timbul apabila orang ramai pergi ke ghat tempatan, yang tidak disediakan oleh pentadbiran,” kata Majistret Daerah Aurangabad Srikant Shastri,” katanya.

Insiden lemas dilaporkan dari daerah Champaran Timur dan Barat, Nalanda, Aurangabad, Kaimur, Buxar, Siwan, Rohtas, Saran, Patna, Vaishali, Muzaffarpur, Samastipur, Gopalganj dan Arwal, kata pegawai tersebut.

Majistret Daerah Saran, Aman Samir memberitahu orang ramai hanya melawat ghat yang diselenggara oleh pentadbiran sahaja.

Sumber: NDTV