491 terima manfaat program MyLesen di Tawau

12 Feb 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seramai 491 orang berusia antara 17 hingga 60 tahun dari golongan B40 menerima lesen B2 sempena majlis penyampaian Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) peringkat DUN Tanjung Batu dan Parlimen Kalabakan, pada Sabtu.

Berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau, penyampaian lesen disempurnakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bersama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim.

Menurutnya, pendaftaran program tersebut dibuat pada 8 Disember dan dilaksanakan bermula 10 hingga 31 Disember lalu dengan menyasarkan anak-anak muda yang baharu pertama kali mendapatkan lesen memandu.

Melalui inisiatif MyLesen itu, katanya, peserta diberi latihan serta kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang jalan raya.

Program tersebut melibatkan kerjasama di antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah dan Institut Memandu Tawau serta Parlimen Kalabakan.

Mengulas lanjut, Andi berkata, program tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berharap turut disebar-luas di kawasan parlimen lain agar dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki lesen memandu dan keselamatan di atas jalan raya.

“Sebagai pemandu atau penunggang motosikal, kita perlu memahami tanggungjawab bahawa kita berkongsi jalan raya yang sama… Sekiranya semua pihak berhemah di atas jalan raya, sudah pasti dapat mengurangkan kadar kemalangan, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.