Anda mahu lihat saya jadi PM pada usia 100 tahun?

3 Dec 2019 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan sokongan terhadap pindaan Perlembagaan yang mengehadkan tempoh pemerintahan perdana menteri selama dua penggal.

“Saya berusia 94 tahun. Anda mahu lihat saya menjadi perdana menteri pada usia 100?” selorohnya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu jika diluluskan akan menetapkan tempoh jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Peruntukan seumpama itu tidak pernah wujud sebelum ini.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri paling lama memegang jawatan dan dilantik sebagai perdana menteri untuk kali pertama pada Julai 1981 iaitu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) keenam.

Beliau kemudian melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada Oktober 2003, menjelang PRU11 yang diadakan pada 2004.

Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya menjawat jawatan tersebut selama satu penggal sebelum digantikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua penggal.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved