Ini Ialah Spesifikasi Reno 2 Yang Tertiris – Dijana Cip Snapdragon 730G

TechnologyDigital
27 Aug 2019 • 9:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Reno ialah keluarga baru peranti yang dilancarkan pada April lalu. Keunikan siri ini ialah rekaan kamera swafoto pop naik berbentuk sirip ikan jerung. Oppo Reno 2 akan dilancarkan beberapa hari sahaja lagi dan spesifikasinya telah tertiris awal menerusi laman edagang JD.com hari ini.

image is not available
Ia sebuah peranti dengan skrin 6.5″ FHD+ OLED dengan pengimbas cap jari bawah skrin, dijana cip Snapdragon 730G, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB. Spesifikasi kamera utama ialah 48+13+8+2 Megapixel manakala kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Catur-kamera utama menyokong lensa ultra sudut lebar, lensa telefoto zum hibrid 5X dan sensor mengesan kedalaman. Tiada sistem zum menggunakan periskop digunakan pada Reno 2 kali ini.

Spesifikasi lebih penuh akan hanya diketahui apabila Oppo Reno 2 dilancarkan di China esok. Apa yang dapat dilihat ialah Reno 2 dilengkapi pemproses yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang dipertingkatkan lagi.