Vivo S6 5G bakal muncul secara rasmi tidak lama lagi dan nampaknya terus menjadi bualan hangat ramai. Untuk makluman, ia adalah peranti kelas pertengahan Vivo yang pertama didatangkan dengan sokongan 5G. Terkini, peranti ini dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench sekaligus mendedahkan prestasi dan beberapa spesifikasi utama peranti.

Melalui ketirisan ini, Vivo S6 5G nampaknya bakal menjadi peranti ketiga yang akan dikuasai oleh cip pemproses berkenaan selepas model Vivo X30 Pro dan Vivo X30. Vivo S6 5G dijadualkan muncul secara rasmi pada 31 Mac ini. Apa yang kami rasakan menarik di sini ialah Vivo telah menggunakan cip Exynos 980 yang masih belum digunakan pada sebarang peranti keluaran Samsung sendiri.
