iPhone 2019 Dijangka Akan Mengubah Rekaan Suis Mod Senyap & Mengekalkan Sambungan Lightning

25 Jun 2019 • 7:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada tahun ini dijangka akan melancarkan tiga telefon baru iaitu iPhone XI, iPhone XI Max, dan iPhone XR 2. Selepas info mengenai bateri telah tertiris pada beberapa minggu lalu, kini sejumlah info rekaannya turut diperlihatkan ke arena web.

Sejumlah perkara baru ini diperlihatkan melalui imej pengolokan kerangka yang dibangunkan oleh Olixar. Seperti ura-ura sebelum ini, ia memerlihatkan sistem tri-kamera pada bahagian belakang seumpama rekaan pada Huawei Mate 20 Pro.

image is not available

Imej pengolokan ini juga menyajikan rekaan suis mod senyap baru, yang kini perlu ditolak ke atas atau ke bawah, berbanding perlu ditolak ke kiri atau ke kanan. Rekaan suis ini juga kelihatan hadir dalam bentuk bulat, berbanding rekaan memanjang pada iterasi iPhone pada saat ini.

image is not available

Dari segi sambungan, ia juga dilihat masih mengekalkan sambungan Lightning berbanding USB-C. Namun begitu, Apple dijangka akan menyertakan kabel Lightning ke USB-C, bersama-sama pengecas 18W di dalam kotak pembelian peranti ini.

Apple dijangka akan memperkenalkan tiga model iPhone terbaru pada acara khas yang bakal berlangsung sekitar September ini. Ia bakal membawa cip pemprosesan yang lebih pantas, kebolehan penggambaran baru, dan fungsi nirwayar berbalik untuk mengecas sejumlah aksesori yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved