Pendedahan sama, tiada beza: Tun M

11 Jan 2020 • 11:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

LANGKAWI - Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yamg dirampas ditunjukkan kepada orang ramai.

"Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza... Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020, di sini, malam ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain pada Rabu lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini turut meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.

Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap sebagai tidak beretika, Dr Mahathir menjawab ringkas, "Apa yang tidak beretika itu?". - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved