Pinjaman Buku Digital u-Pustaka Perpustakaan Negara Meningkat Hampir 170% Sejak PKP

TechnologyDigital
27 Apr 2020 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kami banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Ia aktiviti yang santai sehingga dapat membantu mengurangkan tekanan kerana terperangkap di rumah sepanjang hari. Antara platform yang telah kami gunakan ialah u-Pustaka oleh Perpustakaan Negara. Nampaknya bukan kami sahaja yang telah menggunakannya kerana platform ini mencatatkan peningkatan pinjaman ebuku hampir 170% sejak PKP bermula.

image is not available
Sejak PKP bermula, pinjaman buku meningkat ke 40.000 sebulan berbanding purata 15,000 sebulan. Ini bersamaan dengan peningkatan 167%. Setakat ini u-Pustaka mempunyai ai 501,295 ahli dengan 22,982 ahli baharu mendaftar sejak PKP. Bahan bacaan yang popular di kalangan peminjam pula ialah dari genre fiksyen.

Maka sekiranya anda tidak mempunyai bahan bacaan semasa PKP ini, anda boleh melakukan pinjaman ebuku menerusi u-Pustaka hari ini. Selain buku majalah digital turut boleh dipinjam bagi mereka yang mungkin lebih menggemari bacaan ringan. U-Pustaka menawarkan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved